LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Tindakan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) menyekat minyak sawit dan produk komoditi FGV Holdings Bhd (FGV) dianggap keterlaluan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya akan melihat dakwaan ke atas FGV dan menasihati mereka menjalankan siasatan.

"Saya kesal tindakan pihak luar negara yang mengenakan sekatan itu. Tindakan itu agak funitif (menghukum) kepada industri kita.

"Kita sepatutnya dilihat kepada kemampuan kita dan boleh pertingkatkan untuk mendapat yang terbaik.

"Kita boleh kembali ke tahap yang boleh diterima mereka (pihak luar) tetapi dalam hal ini ia keterlaluan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Jualan Negaraku Selamat dan Aktif Sempena Program Jualan Malaysia (PJM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Terdahulu CBP Amerika Syarikat dilaporkan menahan minyak sawit dan produk komoditi dihasilkan FGV, anak syarikatnya dan sebarang usaha sama dengan syarikat itu di semua pintu masuk negara itu, berkuat kuasa 30 September.

Dalam satu kenyataan, CBP mengarahkan penerbitan Perintah Pelepasan Tahan (WRO) terhadap produk sawit dan minyak sawit yang dihasilkan FGV berdasarkan maklumat secara munasabah yang menunjukkan berlaku penggunaan buruh paksa.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, CBP mendapati buruh paksa kanak-kanak digunakan dalam proses pengeluaran minyak sawit FGV.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, satu pertemuan mungkin akan diadakan bersama pihak FGV sekiranya perlu.

Buat masa ini, katanya, pihaknya mahu FGV mendepani isu itu dan membuktikan tuduhan pihak berkenaan tidak seperti didakwa.

Berita berkaitan:

  • AS haramkan import minyak sawit keluaran FGV

  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2020 @ 5:24 PM