PANGLIMA Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain ditemui dalam sebuah sidang media pada Majlis Perbarisan Perasmian dan Penyerahan Kereta Peronda KOR Polis Tentera Diraja di, Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT). FOTO Bernama
PANGLIMA Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain ditemui dalam sebuah sidang media pada Majlis Perbarisan Perasmian dan Penyerahan Kereta Peronda KOR Polis Tentera Diraja di, Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT). FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Tiada mana-mana pegawai atau anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipanggil setakat ini bagi membantu siasatan polis berhubung kes kematian Prebet Abdul Aziz Aznam pada 28 Ogos lalu, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Beliau berkata, pihaknya terbuka untuk menyerahkan mana-mana warga TDM sekiranya dipanggil serta disyaki terbabit dalam kes kematian berkenaan.

"Sekiranya timbul keraguan apa-apa unsur dalam siasatan berhubung kematian Allahyarham semestinya pihak polis akan memanggil mana-mana warga TDM yang terbabit.

"Buat masa ini belum (dipanggil), dan kami tidak boleh mendahului (nya) kerana ia akan mengganggu siasatan polis kemudian.

"Banyak prosedur perlu dilalui... Jika ada kes ketidakadilan terhadap Allahyarham maka yang terbabit perlu bertanggungjawab," katanya kepada Bernama pada Majlis Penyerahan Kereta Peronda Kor Polis Tentera Diraja di Pusat Latihan Polis Tentera (Pulapot) di sini, hari ini.

Pada 7 September lalu, Bernama melaporkan seorang anggota tentera meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di Johor.

Kejadian itu mengakibatkan anggota tentera terbabit mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Johor.

Terdahulu, TDM menerima sebanyak 40 kereta peronda jenis Honda Civic untuk kegunaan pasukan keselamatan itu.

Berita berkaitan

Kes anggota mati, TDM serah polis siasat

'Polis beri jaminan siasatan menyeluruh kematian anggota ATM'

'Kami mahu keadilan buat arwah adik'

Polis siasat dakwaan anggota tentera maut dipercayai didera

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 2:30 PM