ANGGOTA polis ketika memeriksa keadaan mangsa. FOTO HASSAN OMAR
ANGGOTA polis ketika memeriksa keadaan mangsa. FOTO HASSAN OMAR
Hassan Omar


HASRAT seorang lelaki warga emas untuk menikmati sarapan pagi bersama rakannya di Pasar Kuala Sungai Baru di Alor Gajah, tidak kesampaian apabila dia ditemui tidak bernyawa di dalam kawasan semak.

Allahyarham Mohd Raub Luwi, 62, yang bekerja sebagai nelayan ditemui terbaring berhampiran motosikal miliknya di tepi jalan di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru, pagi ini.

Isterinya yang hanya dikenali sebagai Yah berusia lingkungan 60-an ketika ditemui berkata, Moh Raub ada memaklumkan mahu berjumpa rakannya sebelum keluar dari rumah mereka di kampung Sungai Kertah, Pengkalan Balak, pada 7.40 pagi.

"Arwah menyatakan perkara itu sebelum menghidupkan enjin motosikal untuk ke pasar dan saya terkejut apabila penduduk kampung memberitahu arwah terbabit dalam kemalangan jalan raya.

"Suami pernah mendapatkan rawatan sakit jantung di Hospital Melaka sebelum ini dan sering mengadu pening atau hampir pitam sejak kebelakangan ini.

"Mungkin ketika kejadian dia mengalami serangan jantung sebelum terbabas ke dalam semak," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati dalam kejadian 7.45 pagi itu, mangsa dipercayai terbabas ke kiri jalan dan terjatuh dalam semak.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah menerima panggilan daripada orang awam pada 8.05 pagi dan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum terjatuh di bawah tebing," katanya.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-ends-

Pix 1a: Jenazah Allahyarham Mohd Raub Luwi, 62, dalam semak di tepi Jalan Telok Gong-Kuala Sungai Baru di Kampung Telok Gong, dekat Alor Gajah.

Pix 1-7: Polis mengangkat jenazah Allahyarham Mohd Raub Lawi, 62, yang ditemukan dalam semak di tepi Jalan Telok Gong-Kuala Sungai Baru di Kampung Telok Gong, dekat Alor Gajah.

Pix 8: Mohd Raub Luwi, 62.

- Foto HASSAN OMAR

From: HJ HASAN

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2020 @ 6:38 PM