Raja Noraina Raja Rahim


"PERTEMUAN yang ikhlas bagi membolehkan saya mendengar sendiri penjelasan beliau," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata demikian mengulas pertemuannya bersama pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, yang mencetuskan kontroversi susulan pendedahan mengenai premis judi dan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.

Terdahulu, beliau berkongsi pertemuan itu yang berlangsung di pejabatnya di Bukit Aman di Facebook miliknya.

Selain bertemu Mohd Asri, katanya, beliau turut bertemu beberapa pegawai lain berhubung isu berkenaan.

"Saya juga memanggil pegawai-pegawai berkenaan untuk menjawab beberapa perkara yang berhubung kait dengan peranan dan tanggungjawab mereka," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Semalam, Abdul Hamid memberi jaminan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan segera bagi membanteras kegiatan perjudian dalam talian, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan warga asing di Sungai Buloh.

Beliau dilaporkan berkata, tindakan tegas pasti diambil terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jenayah itu.

Berita berkaitan

Saya belum dapat maklumat - Datuk Bandar Shah Alam

Asri Janggut dah jumpa KPN

Saya serah 100 peratus kepada Allah - Asri Janggut

Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat

SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh

'Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ' - peniaga burger [METROTV]

'Bagus, ada orang berani, ikhlas...' - KPN

Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2020 @ 6:36 PM