Antara  individu yang ditahan PDRM dalam Rondaan Op COVID-19 di Bandar Bintulu, malam tadi.FOTO ERIKA GEORGE
Antara individu yang ditahan PDRM dalam Rondaan Op COVID-19 di Bandar Bintulu, malam tadi.FOTO ERIKA GEORGE
Erika George


SERAMAI 12 individu termasuk seorang wanita berumur 20 hingga 46 tahun ditahan polis kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di dua premis berasingan sekitar Bandar Bintulu, malam tadi.

Dalam tangkapan yang dijalankan 10.15 malam itu, polis yang disertai agensi berkaitan lain menjalankan rondaan Op Covid-19 dan memeriksa dua premis makanan dan kafe itu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, pemeriksaan mendapati 12 warga tempatan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu tidak mengamalkan penjarakan sosial.

"Sehubungan itu mereka dikompaun RM1,000 seorang kerana gagal mematuhi penjarakan sosial di premis terbabit.

"Polis tidak akan memberi nasihat atau amaran lagi kepada orang ramai atau pemilik premis yang mengabaikan prosedur SOP pencegahan Covid-19 di fasa PKPP ini.

"Setiap individu yang didapati tidak mematuhi SOP atau mengabaikan langkah pencegahan ditetapkan kerajaan akan terus dikompaun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2020 @ 4:41 PM