TINJAUAN lokasi tumpuan orang ramai di Kuching. FOTO Nadim Bokhari
TINJAUAN lokasi tumpuan orang ramai di Kuching. FOTO Nadim Bokhari
Shamran Sarahan dan Suraya Roslan


KERAJAAN hari ini meluluskan permohonan kerajaan Sarawak untuk mengehadkan pergerakan perjalanan antara Zon atau Bahagian di Sarawak bermula 1 hingga 14 Ogos ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di negeri itu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah mengehadkan pergerakan di negeri itu membabitkan dua zon, antara zon yang diklasifikasikan sebagai zon merah dan kucing dengan zon hijau.

Beliau berkata, bagi zon pertama, ia membabitkan zon merah dan kuning iaitu Bahagian Kuching, Serian dan Samarahan, manakala zon kedua membabitkan zon hijau iaitu Bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Miri, Bintulu dan Limbang

"Jadi, mana-mana individu yang ingin bergerak antara zon berkenaan (zon pertama ke zon kedua) hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia, manakala pergerakan dalam zon hijau dibenarkan," katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan Sarawak juga memutuskan untuk mengurangkan jumlah penerbangan dari Semenanjung, Sabah dan Labuan bermula 1 hingga 14 Ogos .

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2020 @ 3:37 PM