Muhaamad Hafis Nawawi


POLIS sudah membuka kertas siasatan berhubung komen netizen yang memperlekeh hari Jumaat diumumkan sebagai 'Hari Jawi'.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, satu laporan polis dibuat di Kluang, Johor.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998," katanya kepada Harian Metro.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebelum ini mengumumkan Jumaat sebagai Hari Jawi dalam usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.

Susulan pengumuman itu, netizen memuat naik beberapa kenyataan menghina dan memperlekehkan usaha itu di laman sosial.

Berita berkaitan

Jumaat diumum sebagai Hari Jawi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 8:06 PM