Muhaamad Hafis Nawawi

TIDAK timbul isu pertindihan tugas berikutan guru yang bertugas pada sesi pagi dan petang sebelum Covid-19 melanda akan diperkemaskan kembali.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pihak sekolah akan buat perincian semula bagi menentukan kaedah bakal digunakan kelak apabila sesi persekolahan kembali beroperasi pada 15 Julai ini..

Menurutnya, pihak sekolah akan mengambil pendekatan fleksibiliti bagi menentukan masa sesuai bagi kehadiran guru ke sekolah tanpa menambah jam kehadiran.

"Ia akan dilakukan secara efektif dan efisyen. Banyak kaedah ( penyelesaian) boleh dilakukan," katanya bagi menjawab persoalan berhubung penugasan guru yang bersekolah pada sesi pagi dan sesi petang sebelum ini.

Ditanya bilakah sekolah tahfiz dibenarkan beroperasi, beliau memaklumkan bahawa pihak pengurusan sekolah tahfiz dibenarkan untuk dibuka pada tarikh sama 15 Julai ini.

"Bagi sekolah tahfiz yang tidak berdaftar.. mereka perlu mematuhi saranan tarikh dicadangkan Kementerian pendidikan Malaysia (KPM)," katanya.

Guru, Siti Nor Siah Md Yunus, 45 (kiri) dan Salwani Selamat, 54, membuat persiapan terakhir Prosedur Operasi Standard (SOP) di dalam kelas pelajar Tingkatan 5 sebelum sesi pembukaan persekolahan pasca COVID-19, 24 Jun lalu, di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam. FOTO FAIZ ANUAR

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 5:27 PM