KEADAAN di sebuah kilang pemprosesan yong tau fu. FOTO ihsan DBKL
KEADAAN di sebuah kilang pemprosesan yong tau fu. FOTO ihsan DBKL
Rosyahaida Abdullah


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan sebuah kilang memproses yong tau fu di Jalan Brunei Selatan, Pudu Kuala Lumpur, ditutup kerana kotor dan tidak menepati tahap kebersihan sepatutnya, berkuat kuasa hari ini.

Pada kenyataan, DBKL berkata, hasil pemeriksaan sanitasi oleh petugas Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL mendapati, ada urungan lipas di premis terbabit selain lantai serta dinding di ruang proses penyediaan kotor selain berdaki hitam.

"Kami dapati, pemilik premis juga tidak menyediakan tempat membersihkan peralatan dan kerja mencuci dilakukan di atas lantai.

"Makanan yang sudah dimasak pula terdedah, peti sejuk kotor dan tidak kemas. Begitu juga dengan tempat penyimpanan bahan mentah yang kotor," katanya.

Tindakan penutupan premis dilaksanakan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2020 @ 5:17 PM