Zaid Salim


TINDAKAN penganggur menyogok anggota polis membawa padah apabila dihukum penjara 24 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesysen Kuala Terengganu, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Saidi Mat Lawi, 44, turut berdepan 10 bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Hakim Jamaludin Mat membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi suapan wang tunai berjumlah RM500 kepada seorang anggota polis berpangkat koperal, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya yang disyaki memiliki dadah.

Kesalahan itu dilakukan di Plaza Tol Cheneh, Kemaman, pada 3.30 petang, 17 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

TERTUDUH (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, hari ini. FOTO Nurul Amanina Suhaini.
TERTUDUH (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, hari ini. FOTO Nurul Amanina Suhaini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2020 @ 12:52 PM