TUJUH individu ditangkap ketika sedang bermain judi holo di sebuah kedai minuman tidak bernombor di Kampung Stenggang, Bau. FOTO  Melvin Joni
TUJUH individu ditangkap ketika sedang bermain judi holo di sebuah kedai minuman tidak bernombor di Kampung Stenggang, Bau. FOTO Melvin Joni
Melvin Joni

TUJUH lelaki tempatan ditangkap ketika sedang leka bermain judi holo di sebuah kedai minuman tidak bernombor di Kampung Stenggang, Bau, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 32 hingga 56 tahun itu ditangkap dalam serbuan Op Dadu yang dijalankan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau kira-kira jam 9 malam.

"Turut dirampas seunit kong holo, tiga biji buah holo, sehelai kain holo, empat kerusi, sebuah meja dan wang tunai berjumlah RM260," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah dan di dalam kawasan tempat jangkitan)(No.6) 2020.

Poge berkata, semua suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau boleh didenda RM1,000 atau tiga bulan penjara jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2020 @ 2:51 PM