Anggota polis memeriksa kenderaan di susur keluar Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Alor Setar. FOTO Zuliaty Zulkiffli.
Anggota polis memeriksa kenderaan di susur keluar Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Alor Setar. FOTO Zuliaty Zulkiffli.
Zuliaty Zulkiffli


SEPULUH pemandu dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana merentas negeri untuk pulang ke kampung di Alor Setar, pada hari pertama Aidilfitri hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, semua pemandu terbabit turut diarahkan berpatah balik.

Katanya, mereka datang dari pelbagai negeri ditahan dalam sekatan jalan raya di susur keluar Lebuhraya Utara Selatan arah utara dan selatan dekat Alor Setar.

"Ketika ditanya, mereka memberi pelbagai alasan dan gagal menunjukkan surat kebenaran merentas negeri," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Mohd Rozi berkata, kompaun itu dikeluarkan mengikut Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam pada itu, katanya, pemantauan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah oleh pasukan pemantau masih giat dilakukan bagi memastikan tiada pihak yang melanggar arahan PKPB.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 8:48 AM