Solat Jumaat pertama yang dibenar di Negeri Sarawak selepas Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 berkuatkuasa.Hanya 12 orang jemaah sahaja dibenarkan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Terapung Kuching termasuk Imam dan Khatib iaitu Ustaz Nurool Ameen dan Khatib, Ustaz Wan Zairi Zairon. FOTO Nadim Bokhari

Mohd Roji Kawi

BUAT pertama kali selepas sembilan minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), solat Jumaat kembali diadakan di masjid seluruh negeri ini, hari ini.

Bagaimanapun, jumlah jemaah dihadkan kepada empat orang hingga 12 orang sahaja.

Tinjauan di Masjid India Bandaraya Kuching atau yang lebih dikenali sebagai Masjid Terapung di Tebingan Kuching, mendapati jumlah jemaah menepati arahan yang dikeluarkan Majlis Islam Sarawak.

Seramai 12 jemaah mengadakan solat yang diimamkan oleh Ustaz Nurool Amin yang didatangkan khas dari India, manakala khutbah pula dibacakan oleh khatib, Wan Zairi Zairon.

Difahamkan, masjid lain di seluruh negeri turut mengadakan solat Jumaat dengan jumlah jemaah yang sama terdiri daripada pegawai serta ahli jawatankuasa masjid terbabit.

Minggu lalu, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha, berkata kebenaran mengadakan solat Jumaat dibuat selepas mendapat nasihat daripada Lembaga Fatwa Negeri Sarawak.

"Kebenaran diberi dengan syarat tertentu yang harus dipatuhi oleh semua pihak pengurusan masjid dan surau," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2020 @ 3:48 PM