FOTO hiasan.
FOTO hiasan.
Raja Noraina Raja Rahim


SEBANYAK 243 pusat kuarantin beroperasi hari ini berbanding 232 pada hari sebelumnya di mana 15,290 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 655 rakyat Malaysia pulang ke tanah air semalam dan dikuarantin wajib.

"Sejak 3 April sehingga hari ini, seramai 36,900 rakyat Malaysia pulang dari luar negara dikuarantin.

"Setakat hari ini juga, 28,984 individu sudah selesai menjalani proses kuarantin wajib dan dibenarkan pulang," katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Mengenai sanitasi awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Ismail Sabri memaklumkan sebanyak 6,491 operasi sanitasi dijalankan di 76 zon kuning dan merah sejak 30 Mac lalu.

Menurutnya, sebanyak 86 operasi sanitasi meliputi 30 zon merah dan kuning di 13 negeri termasuk 25 operasi di Johor, Sabah (16), Melaka (15) dan Sarawak (10) dilakukan semalam.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 4:13 PM