Nurul Hidayah Bahaudin


KAWASAN sekitar Pudu dikawal ketat pihak berkuasa apabila lokasi berkenaan dipasang pagar kawat duri dipercayai bermula tengah malam tadi.

Difahamkan pemasangan pagar kawat duri dilakukan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan berkenaan dari D'Majestic Place hingga ke persimpangan Jalan Pasar/Jalan Pudu dan Jalan Landak.

Media sebelum ini melaporkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan ujian saringan terhadap ratusan pekerja warga asing yang bekerja di Pasar Pudu, awal bulan ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan PKPD dilaksanakan di Selayang dan Chow Kit seperti tular di media sosial.

Menurutnya, ia belum dilaksanakan sebaliknya kawalan diperketatkan secara pentadbiran.

Beliau memaklumkan pihaknya mengawal kawasan itu dengan memasang pagar kawat duri, namun tidak mengisytiharkan PKPD.

ANGGOTA ATM mengawal ketat jalan sekitar Pudu. FOTO HAZREEN MOHAMAD
ANGGOTA ATM mengawal ketat jalan sekitar Pudu. FOTO HAZREEN MOHAMAD

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2020 @ 9:45 AM