HANYA individu yang mempunyai kelulusan menerusi pendaftaran aplikasi mudah-alih kod QR dan kebenaran Balai Polis dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri. FOTO Mohd Yusni Ariffin
HANYA individu yang mempunyai kelulusan menerusi pendaftaran aplikasi mudah-alih kod QR dan kebenaran Balai Polis dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


PEMANDU kenderaan yang tidak mempunyai kebenaran merentas negeri akan diarahkan berpatah balik di setiap sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, hanya individu yang mempunyai kelulusan menerusi pendaftaran aplikasi mudah-alih kod QR dan kebenaran Balai Polis dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri.

"Orang ramai yang melakukan perjalanan apabila diperiksa polis hendaklah mempamerkan kod QR dan pegawai atau anggota yang bertugas akan mengimbas kod QR berkenaan sama ada sahih atau tidak.

"Polis akan membuat pemeriksaan pada bila-bila masa dan di mana juga lokasi apabila diminta tetapi untuk proses pemeriksaan rentas negeri ini dibuat hanya di lokasi SJR yang didirikan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Huzir berkata, setakat ini pihaknya tidak melakukan sebarang tangkapan terhadap mereka yang tidak mempunyai kebenaran rentas negeri namun hanya diarahkan untuk berpatah balik.

Setakat ini terdapat 98 SJR didirikan di sempadan negeri di seluruh negara.

Untuk hari ini sebanyak sebanyak 70,538 permohonan diterima bagi perjalanan dari Perak, Johor dan Kelantan menuju ke pelbagai destinasi seluruh negara.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 6:49 PM