Zubaidah (kanan) menyerahkan sumbangan sebungkus roti Gardenia kepada golongan asnaf yang terpilih di Bandar Muar dan Kluang. FOTO IHSAN PEMBACA
Zubaidah (kanan) menyerahkan sumbangan sebungkus roti Gardenia kepada golongan asnaf yang terpilih di Bandar Muar dan Kluang. FOTO IHSAN PEMBACA
Adnan Ibrahim


MALAYSIA Relief Agency (MRA) mengambil pendekatan menempah terus roti Gardenia daripada pembekal untuk diedar secara percuma kepada golongan asnaf di beberapa daerah di negeri ini hari ini.

Pengerusi MRA Johor Zubaidah Samat berkata, hasilnya, sebanyak 1,500 bungkus roti Gerdenia berjaya diperoleh.

“Program sedekah 1Buku Roti Gardenia, 1Keluarga ini sebahagian usaha mengajak orang ramai membantu golongan memerlukan walaupun dengan nilai yang tidak seberapa.

“Mungkin ada dalam kalangan kita tidak menyedari bahawa untuk mendapatkan sebungkus roti seperti ini adalah sesuatu yang berat bagi mereka apatah lagi dalam keadaan bencana seperti ini,” katanya.

Zubaidah berkata demikian selepas mengedarkan roti Gardenia kepada golongan asnaf terpilih di sekitar bandar Muar dan Kluang.

Zubaidah turut berharap orang ramai yang prihatin dapat bersama pihaknya membantu mereka yang memerlukan khasnya golongan asnaf.

“Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin menyumbang bakti kepada masyarakat, khususnya jika memerlukan tenaga kerja bagi menyerahkan barangan bantuan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 4:49 PM