KULIAH dan tutorial UMS dijalankan dijalankan secara dalam talian bermula hari ini. FOTO Universiti Malaysia Sabah
KULIAH dan tutorial UMS dijalankan dijalankan secara dalam talian bermula hari ini. FOTO Universiti Malaysia Sabah
Juwan Riduan


SEMUA kuliah dan tutorial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijalankan secara dalam talian bermula hari ini, berikutan situasi semasa penularan wabak Covid-19.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr Rasid Mail dalam kenyataan media berkata, kuliah dan tutorial dijalankan melalui laman sesawang http://smart2.ums.edu.my atau http://smartv3.ums.edu.my.

“Mengambil kira situasi semasa berkaitan penularan wabak Covid-19 di negara, UMS mengambil langkah-langkah berkaitan akademik berkuat kuasa hari ini sehingga pemakluman seterusnya dibuat.

“Selain itu, semua aktiviti akademik berbentuk praktikal dan luar kelas juga ditangguh,” katanya.

Sementara itu, beliau menasihatkan pelajar yang tidak sihat dan mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selsema supaya untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Warga (PRW) UMS dengan segera.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2020 @ 9:28 PM