Mahanum Abdul Aziz


MENTERI Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tiba di bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya, jam 6.07 petang bagi memulakan tugas hari pertamanya.

BH Online melaporkan Tengku Zafrul disambut oleh pengurusan kanan kementerian di lobi bangunan berkenaan.

Beliau sempat bergambar bersama dengan pengurusan kanan yang diketuai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir sebelum dibawa naik ke pejabatnya.

Mengulas mengenai misi pertamanya memulakan tugas hari ini, Tengku Zafrul berkata, beliau akan mendengar taklimat kementerian terlebih dulu daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

“Beri saya masa. Saya perlu mendapatkan taklimat daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan,” katanya ketika ditemui di lobi Kementerian Kewangan sempena hari pertama beliau memulakan tugasnya.

Pada pagi tadi, Tengku Zafrul mengangkat sumpah senator Dewan Negara dan pada sebelah petang pula, beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan.

  • Lagi berita berkaitan Kabinet baharu |

  • Barisan Kabinet baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 9:30 PM
    TENGKU Zafrul diiringi Ahmad Badri mengimbas kad perakam sebelum memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan di Kompleks Kementerian Kewangan. FOTO Aswadi Alias.
    TENGKU Zafrul diiringi Ahmad Badri mengimbas kad perakam sebelum memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan di Kompleks Kementerian Kewangan. FOTO Aswadi Alias.