Azmin Ali (tengah) ketika mengadakan lawatan di Pasar Besar Kedai Payang sempena lawatan kerjanya di Terengganu hari ini. FOTO BAHAROM BAKAR
Azmin Ali (tengah) ketika mengadakan lawatan di Pasar Besar Kedai Payang sempena lawatan kerjanya di Terengganu hari ini. FOTO BAHAROM BAKAR
Baharom Bakar


TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengulangi pendirian untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan negara.

“Saya ingin tegas dan ulangi pendirian iaitu untuk tumpu kepada soal pembangunan daripada memikirkan dakwaan menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan replika cek untuk projek pembinaan masjid baru di Kem Seri Pantai, selepas menunaikan solat jumaat di masjid itu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan ada antara Ahli Parlimen menandatangani SD menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pegawai Pemerintah Kem Seri Pantai Leftenan Kolonel Syed Suhairi Syed Hussin.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata demikian sebagai mengulas laporan Sarawak Report yang memetik sumber mendakwa ahli parlimen dari UMNO, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta ahli Parlimen PKR yang memihak kepadanya digesa untuk ke Kuala Lumpur bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam.

Portal terbabit turut mendakwa, pengumpulan SD itu sudah dua kali diadakan dengan SD pertama sudah ditandatangani namun belum digunakan.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, negara sedang berdepan ancaman penularan wabak koronavirus baru (COVID-19) dan jika dibiarkan berterusan boleh memberi kesan kepada ekonomi.

Katanya, walaupun penularan Covid-19 di seluruh negara masih terkawal, tetapi kerajaan sedang berusaha untuk menanganinya bagi memastikan ia tidak menjejaskan ekonomi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 5:13 PM