LOKASI Kam Kah Kit ditemui lemas di kawasan rekreasi Air Terjun Batu Berangkai, Kampar. FOTO Ihsan JBPM Perak
LOKASI Kam Kah Kit ditemui lemas di kawasan rekreasi Air Terjun Batu Berangkai, Kampar. FOTO Ihsan JBPM Perak
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

LELAKI ditemui lemas di kawasan rekreasi Air Terjun Batu Berangkai, Kampar dekat Ipoh, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.30 pagi daripada pihak polis untuk bantuan.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar diarahkan ke lokasi.

“Anggota bomba bertindak membantu dengan mengambil mayat mangsa yang berada di dalam air.

“Mangsa dikenali sebagai Kam Kah Kit, 20, kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 4:47 PM