Parames menunjukkan tong bekalan air yang kosong berikutan krisis air di Melaka ketika ditemui di Pangsapuri Seri Siantan, Bukit Baru. Foto Rasul Azli Samad
Parames menunjukkan tong bekalan air yang kosong berikutan krisis air di Melaka ketika ditemui di Pangsapuri Seri Siantan, Bukit Baru. Foto Rasul Azli Samad
Rizanizam Abdul Hamid


“SUDAH dua kali saya pinda tarikh majlis kenduri akibat terputus bekalan air yang menyebabkan saya kerugian lebih RM6,000,” kata G Parames, 42.

Wanita yang tinggal di Pangsapuri Seri Siantan, Bukit Baru di Melaka itu berkata, dia terpaksa berdepan apa juga situasi kerana sudah membuat segala persiapan untuk majlis esok kerana bukan hanya sudah buat segala persiapan tetapi juga tidak cukup wang untuk menundanya ke tarikh lain.

“Majlis ini sepatutnya diadakan pada 1 September lalu tetapi terpaksa ditunda ke 14 September sebelum dipinda lagi ke tarikh esok kerana rumah terputus bekalan air pada kedua-dua tarikh sebelum ini.

“Setiap kali majlis ditunda, saya terpaksa menanggung kerugian lebih RM3,000 kerana membeli

ayam, daging kambing dan keperluan masakan selain sewaan khemah dan sebagainya,” katanya ketika

ditemui hari ini.

Peniaga warung itu, mendakwa masalah bekalan air di rumahnya mula berlaku sejak Februari lalu tetapi kali ini adalah yang paling teruk apabila terputus bekalan air sepenuhnya sejak dua hari lalu.

Sebelum itu, katanya, penduduk hanya berdepan masalah tekanan air rendah sejak lima hari lalu.

Menurutnya, dia juga memaklumkan kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) mengenai masalahnya itu dan difahamkan lori tangki air akan membantu membekalkan air kepadanya hari ini atau esok.

“Tolonglah, saya tak sanggup lagi kerugian sebab itu majlis kali ini dibuat secara kecil-kecilan membabitkan 400 jemputan tetamu saja.

“Saya pun tidak mahu membebankan pihak SAMB tetapi masalah ketiadaan air ini sudah lama berlaku dan berharap mereka lebih prihatin terhadap nasib kami ini,” katanya.

Berita berkaitan:

  • Tak pernah terjadi...
  • Belum tahap krisis air lagi - EXCO Melaka
  • 'Tiada air lapor kepada saya' - Adly
  • Sedia hulur air kepada Melaka
  • Jangan dah tular baru nak bertindak
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 September 2019 @ 4:22 PM