Muhd Amirul Faiz Ahmad


SEJUMLAH 298 sekolah dengan 97 daripadanya berada di Sri Aman, ditutup hari ini, selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan melebihi 200.

Sekolah di Sri Aman paling teruk terjejas hari ini selepas kawasan itu mencatatkan bacaan berbahaya, 365, jam 8 pagi tadi.

Dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri berkata, penutupan berkenaan merangkumi 53 sekolah menengah dan 245 sekolah rendah.

“Sekolah ditutup membabitkan 85 di Kuching; 51 di Betong; 46 di Padawan; 44 di Bau; 41 di Sri Aman; 22 di Lundu; lima di Lubok Antu dan tiga di Samarahan.

“Keseluruhannya, seramai 128,291 murid dan pelajar terjejas akibat penutupan ini,” katanya dalam kenyataan, di Kuching, hari ini.

Kata kenyataan itu, sebarang perubahan dan maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa.

“Pihak sekolah diigatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa,” katanya.

Berita berkaitan

Sri Aman catat IPU berbahaya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 9:24 AM
KEADAAN terkini jerebu di Sri Aman disebabkan asap dari kebakaran di Wilayah Kalimantan dengan IPU mencapai tahap berbahaya iaitu 365 pada jam 9 pagi. FOTO Ihsan Roslizawati Nor Aziz
KEADAAN terkini jerebu di Sri Aman disebabkan asap dari kebakaran di Wilayah Kalimantan dengan IPU mencapai tahap berbahaya iaitu 365 pada jam 9 pagi. FOTO Ihsan Roslizawati Nor Aziz