TENGKORAK manusia ditemui di tapak pembinaan. FOTO Ihsan Pembaca.
TENGKORAK manusia ditemui di tapak pembinaan. FOTO Ihsan Pembaca.
Junaidi Ladjana


TENGKORAK dan tulang manusia ditemui di sebuah tapak pembinaan di belakang KK Sentral, Kota Kinabalu, 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tengkorak dan tulang berkenaan ditemui pekerja ketika melakukan kerja mengorek tanah.

Beliau berkata, tengkorak dan satu tulang manusia itu ditemui pekerja berkenaan pada kedalaman 4.5 meter.

“Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut ke lokasi dan berdasarkan keadaan tengkorak serta tulang mangsa dipercayai sudah lama meninggal dunia.

“Tengkorak dan tulang itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2019 @ 4:56 PM