PETIKAN rakaman CCTV berhampiran lokasi kemalangan.
PETIKAN rakaman CCTV berhampiran lokasi kemalangan.
Mohd Azam Shah Yaacob

LALUAN Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Sungai Buaya ke Rawang ditutup kepada lalu lintas, hari ini apabila treler terbabit kemalangan dan melintangi jalan di KM434.8 arah selatan.

Menurut Infotrafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesemua aliran trafik arah selatan lebuh raya berkenaan terpaksa dilencong keluar di persimpangan Sungai Buaya buat sementara waktu susulan kerja mengalihkan treler berkenaan.

Difahamkan, kemalangan berlaku 6.30 pagi tadi apabila treler hilang kawalan dan terbabit kemalangan.

Kemalangan itu menyebabkan laluan tiga lorong lebuh raya berkenaan terhalang apabila badan treler terbabit melintangi jalan sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Buat masa ini kerja mengalihkan treler berkenaan masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019 @ 8:42 AM