BURUNG yang disimpan di dalam sangkar sempit dan tidak terurus dengan baik.
BURUNG yang disimpan di dalam sangkar sempit dan tidak terurus dengan baik.
Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALA LUMPUR: Aniaya binatang peliharaan dilindungi dengan menempatkannya di dalam sangkar sempit dan kotor.

Itu tindakan zalim pihak pengurusan pusat pelancongan terkenal di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, susulan maklumat diterima, pihak PERHILITAN melakukan pemeriksaan mengejut di pusat pelancongan itu jam 10 pagi, Khamis lalu.

Menurutnya, sembilan anggota Penguatkuasa Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang memeriksa premis berkenaan susulan aduan diterima.

“Kami dapati enam burung spesies Barn Owl (Tyto alba) dan seekor burung Buffy Fish Owl (Ketupa ketupu) ditempatkan di kawasan persekitaran kotor dan tidak diurus dengan baik.

“Malah hidupan dilindungi itu dikurung di dalam sangkar sempit.

BURUNG yang disimpan di dalam sangkar sempit dan tidak terurus dengan baik.
BURUNG yang disimpan di dalam sangkar sempit dan tidak terurus dengan baik.

“Pemilik premis tidak mematuhi teguran dan peringatan berhubung penempatan hidupan liar di dalam ruang kuarantin ketika pemeriksaan audit dilakukan sebelum ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemilik premis berusia 50-an disoal siasat pada hari sama dan diterangkan kesalahan dilakukan.

“Semua tujuh burung berkenaan dirampas dan laporan dibuat pihak Perhilitan di Balai Polis Seberang Jaya dan barang kes dibawa ke Pusat Pemeriksaan Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.” katanya.

Dalam kes berasingan, pihak PERHILITAN turut memeriksa sebuah premis di Bayan Baru, Pulau Pinang selepas pemiliknya didapati menyimpan ular spesies Banana Ball Python dan tiga ular spesies Ball Phyton tanpa lesen sah.

Tujuh pegawai PERHILITAN dibantu dua anggota dari Balai Polis Bayan Baru memeriksa pemilik kediaman berusia 30-an itu.

Menurutnya, semua ular itu dirampas kerana disimpan tanpa lesen sah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 7:30 AM