Nurul Hidayah Bahaudin


MAK NYAH yang berjalan dan berlari di pembahagi jalan dalam keadaan berbogel berhampiran pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam, didapati tidak mengalami masalah mental.

Dalam kejadian 11.15 pagi itu, mak nyah warga Filipina berusia 29 tahun berkenaan dikatakan berlari dan berjalan di lokasi terbabit tanpa seurat benang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Rudy Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita yang memaklumkan mak nyah berkenaan memanjat kereta miliknya dan menganggu pengguna jalan raya di lokasi terbabit.

“Hasil maklumat diterima, kami menahan suspek dan membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

“Soal siasat dengan doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap suspek mendapati mak nyah berkenaan tidak mengalami masalah mental,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Rudy berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 AktaKesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Punca suspek bertindak sedemikian (berbogel) masih belum diketahui,” katanya.

Kejadian itu tular selepas dua video berdurasi 16 dan 44 saat dimuat naik di media sosial sejak petang semalam.

Dalam video yang dirakam oleh orang awam itu, mak nyah berkenaan dilihat berjalan dan berlari di pembahagi jalan di lokasi terbabit.

Malah, dia turut dilihat menari sambil memegang kemaluan dan cuba melintas jalan di lokasi berkenaan selain memanjat sebuah kereta di lokasi berkenaan.

Gelagat mak nyah berkenaan menyebabkan ada di antara pengguna jalan raya membunyikan hon kenderaan mereka.

  • Pondan bogel 'catwalk' tengah kota [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 11:23 AM