SAR disambung bermula jam 7 pagi tadi. FOTO ihsan bomba
SAR disambung bermula jam 7 pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Hazsyah Abdul Rahman


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Muanad, Kampung Muanad Tiga di Beluran semalam disambung semula pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, gerakan mencari Amanual Darius, 7, dimulakan jam 7 pagi tadi, selepas ditangguh jam 12.05 tengah malam.

“Pencarian melalui kaedah meninjau termasuk menggunakan bot sepanjang Sungai Muanad sehingga ke lokasi terakhir mangsa dilihat sudah dijalankan semalam.

“Bagaimanapun mangsa belum ditemui dan SAR disambung semula jam 7 pagi tadi,” katanya hari ini.

Dalam kejadian jam 4.30 petang semalam, mangsa dilaporkan hilang di tebing sungai berkenaan ketika sedang bermain bersama rakannya.

Berita berkaitan

Kanak-kanak 'ghaib' di tebing sungai

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Februari 2019 @ 8:59 AM