LELAKI yang dilaporkan terjun dari Jambatan Sungai Kerian, semalam, ditemui pasukan penyelamat awal pagi tadi. FOTO Ihsan Bomba
LELAKI yang dilaporkan terjun dari Jambatan Sungai Kerian, semalam, ditemui pasukan penyelamat awal pagi tadi. FOTO Ihsan Bomba
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


MAYAT lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Sungai Kerian di Pasrit Buntar, semalam, berjaya ditemui hari ini.

Dalam kejadian 3.35 pagi semalam, lelaki berusia 52 tahun dipercayai terjun dari jambatan itu dan dikhuatiri lemas sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) di jalankan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar berkata, mayat mangsa berjaya ditemui 4.20 pagi tadi pada jarak dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjun.

“Mayat mangsa berjaya ditemui selepas lebih 24 jam dikhuatiri lemas dan mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Seramai 26 anggota dari pelbagai agensi terbabit dalam operasi ini dan operasi turut menggunakan khidmat PPDA (Pasukan Penyelamat Di Air),” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas terjun dari jambatan berkenaan dan operasi kemudiannya ditamatkan 5 pagi tadi.

Berita berkaitan

Lelaki dikhuatiri lemas terjun sungai

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2019 @ 9:34 AM