KESAN umpil pada pintu selain keadaan dalam pejabat Seniman yang berselerak selepas dipecah masuk, awal pagi hari ini. FOTO ihsan Seniman.
KESAN umpil pada pintu selain keadaan dalam pejabat Seniman yang berselerak selepas dipecah masuk, awal pagi hari ini. FOTO ihsan Seniman.
Hasbi Sidek


PEJABAT Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dekat Wisma PFM Melawati Square, 10 Lorong Perak, Taman Melawati, Ampang dipecah masuk pagi hari ini menyebabkan kerugian kira-kira RM5,000.

Kejadian itu disedari pada 10 pagi oleh kakitangan pejabat Seniman.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi mengesan suspek.

“Dukacita Seniman ingin memaklumkan bahawa satu kejadian pecah masuk pejabat Seniman dikesan pada 10 pagi hari ini oleh kakitangan Pejabat Seniman.

“Seniman membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk proses siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.

“Seniman menyerahkan segala kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan menangkap suspek untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menganggap ini adalah jenayah serius dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan Seniman mengalami kerugian dianggarkan RM 5,000 termasuk wang tunai.

“Bagaimanapun, Pejabat Seniman Malaysia beroperasi seperti biasa bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang Isnin hingga Jumaat.

“Seniman memohon agar seluruh Ahli Seniman Malaysia untuk mendoakan agar perjalanan Persatuan Seniman diberkati dan dilindungi Allah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 7:27 PM