LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


JABATAN Kesihatan Sarawak mengesahkan 41 mangsa kes letupan gas di Pusat Beli-Belah CityOne Megamall, di Kuching berada dalam keadaan stabil dan diletakkan di bawah pemantauan rapi.

Pengarahnya, Dr Jamilah Hashim berkata, mangsa yang terselamat dalam tragedi itu mengalami luka terbakar pelbagai peringkat, gangguan pernafasan, patah tulang, kecederaan tisu dan otot, luka serta sesak nafas.

Menurutnya, sehingga kini seramai 30 menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala bakinya dirawat di dua hospital swasta di bandar raya ini.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan itu, 10 mangsa sudah dibenarkan keluar dari hospital, namun pemantauan lanjut masih diteruskan.

“Semua mangsa cedera stabil dan jumlah kematian masih kekal tiga (orang),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa maut disahkan sebagai O Kui Lim 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, masing-masing dari Kuching, manakala Chin Hsien Loong, 29, dari Butterworth, Pulau Pinang.

Dr Jamilah berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan semua mangsa dari semasa ke semasa.

Katanya, dua mayat mangsa sudah dituntut keluarga semalam untuk proses pengebumian, manakala seorang lagi mangsa dari Pulau Pinang akan dihantar pulang hari ini.

Dalam kejadian 3.20 petang kelmarin, letupan dipercayai berpunca dari gas.

Keadaan itu menyebabkan semua mangsa terbaring bergelimpangan berhampiran sebuah restoran yang sedang diubahsuai Polis mengesahkan tiada unsur keganasan berlaku dan siasatan lanjut giat dijalankan.

Berita berkaitan

">[UPDATE] Identiti mangsa dikenal pasti

[UPDATE] Tiada unsur khianat - Polis

[UPDATE] Tiada unsur khianat - Polis

[UPDATE] Macam 'zon perang'...

Tak sangka adik jadi mangsa

[UPDATE] 3 maut letupan di CityOne MegaMall

[UPDATE] 2 pekerja restoran turut maut

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Disember 2018 @ 10:28 AM