BEKAS Timbalan Ketua Menteri Sabah pada era kerajaan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA), Tan Sri Suffian Koroh meninggal dunia semalam. FOTO Ihsan Jabatan Penerangan Sabah
BEKAS Timbalan Ketua Menteri Sabah pada era kerajaan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA), Tan Sri Suffian Koroh meninggal dunia semalam. FOTO Ihsan Jabatan Penerangan Sabah
Mohd Izham Unnip Abdullah


BEKAS timbalan ketua menteri Sabah pada era kerajaan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) , Tan Sri Suffian Koroh meninggal dunia, malam tadi.

Suffian, 88, meninggal dunia di Hospital KPJ Sabah di Kota Kinabalu, 9.20 malam tadi selepas menjalani rawatan di hospital itu sejak 21 Oktober lalu.

Jenazahnya kemudian dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Nosoob, Penampang, dekat sini sebelum dimandi dan disembahyangkan di Masjid Bandaraya, Likas, pagi hari ini.

Urusan pengebumian dijadualkan petang ini selepas jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Taurid Taud, Keningau.

Allahyarham adalah adik Yang di-Pertua Negeri Sabah kelima, Tun Ahmad Koroh.

Beliau dilantik menjadi timbalan ketua menteri pada 1983 menggantikan Datuk Dr James Ongkili yang melepaskan jawatan selepas dilantik sebagai menteri Persekutuan.

Pada masa sama, Suffian memegang portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur. Ketika itu Ketua Menteri Sabah ialah Tan Sri Harris Salleh.

Suffian juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Ahli Majlis Molohingan, Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Oktober 2018 @ 12:57 PM