GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Sebanyak 23 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah dan Terengganu bermula Selasa ini hingga 16 Ogos nanti.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perlaksanaan itu membabitkan 21 lokaliti di Terengganu dan dua lokaliti di Sabah.

Menurutnya, dua lokaliti dikenakan PKPD di Sabah adalah Perumahan Ladang Hibumas 2, Mukim Sungai-Sungai, Beluran dan Kampung Tagibang, Kota Marudu.

"Di Mukim Kuala Dungun, Dungun, Terengganu, terdapat sembilan lokaliti dikenakan PKPD iaitu Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembusu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembusu Akar

"11 lokaliti di Mukim Sura, Dungun, Terengganu turut dikenakan PKPD adalah Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang.

"Selain itu, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan, Mukim Jabi, Besut, Terengganu turut dikenakan PKPD," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hishammuddin berkata, enam lokaliti dikenakan PKPD di Kelantan dan Sabah yang dijadualkan tamat, esok dilanjutkan berkuatkuasa Selasa ini hingga 16 Ogos nanti.

"Empat lokaliti di Sabah yang dilanjutkan PKPD berkenaan adalah Ladang Agathis, Kalabakan; Kampung Nosoob, Penampang; Kampung Gusung, Likas dan Kampung Bakalau, Beaufort.

"Dua lokaliti di Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan yang turut dilanjutkan PKPD adalah Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau," katanya.

Beliau berkata, 26 lokaliti di Perak dan Sabah yang dikenakan PKPD sejak 20 Julai lalu akan ditamatkan esok mengikut jadual.

"10 lokaliti di Mukim Batang Padang, Batang Padang, Perak yang tamat PKPD esok adalah Taman Tapah/Taman Bunga Raya/Kampung Datuk, Taman Sri Tapah, Kampung Baru Kampung Pahang, Kampung Tanah Mas, Taman Sri Damai 1 dan Taman Sri Damai 2, Taman Sri Asoka, Kampung Batu 5 Tapah Road, Kampung Batu Melintang, Taman Tapah 2 serta Kampung Baru Pekan Getah.

"PKPD di tiga lokaliti di Mukim Bidor, Batang Perak, Perak iaitu Taman Awam 3 Bidor/Taman Permata Bidor, Taman Sri Bidor dan Taman Bidor Jaya/Kampung Cegar Tambahan/Kampung Cegar turut ditamatkan.

"Selain itu, PKPD di dua lokaliti di Mukim Batu Kurau, Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak iaitu Kampung Batu 19 1/2 serta Kampung Batu 20 turut ditamatkan bersama Taman Melor Fasa 1, Hilir Perak, Perak," katanya.

Katanya, di Sabah pula, 10 lokaliti yang dikenakan PKPD iaitu Kampung Serudung Baru (Tawau); Taman Teluk Likas (Likas); Taman Kurnia Jaya (Likas); Kuarters Kilang Permai Jaya (Likas); Kampung Long Klangan (Sipitang); Kampung Ranau-Ranau (Sipitang); Kampung Solob (Sipitang); Kampung Tunas Baru (Sipitang); Kampung Muhibbah (Beaufort) dan Kampung Dandulit Matunggong (Kudat) turut tamat esok.

"Bagi satu lagi lokaliti iaitu Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub, Pahang yang dikenakan PKPD sejak 23 Julai lalu ditamatkan lebih awal, esok, daripada jadual sepatutnya ditamatkan pada 5 Ogos ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 6:06 PM