GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Sebanyak 31 lokaliti di Kelantan, Sabah, Perak dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Selasa depan sehingga 2 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua lokaliti di Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan dikenakan PKPD ialah Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau.

Menurutnya, dua lokaliti di Sipitang, Sabah pula ialah Kampung Long Kiangan dan Kampung Ranau-ranau manakala empat lokaliti di Mukim Likas, Kota Kinabalu pula Taman Teluk Likas, Kampung Gusung, Taman Kurnia Jaya dan Kuarters Kilang Permai Kaya.

"Selain itu, turut dikenakan PKPD ialah Kampung Muhibbah, Beaufort, Sabah; Ladang Agathis, Kalabakan, Sabah; dua Perkampungan di Sipitang, Sabah iaitu Kampung Solob dan Kampung Tunas Baru serta Kampung Dandulit Matunggong, Kudat, Sabah.

"Lokaliti lain yang dikenakan PKPD ialah Kampung Bakalau, Beaufort, Sabah; Kampung Nosoob, Penampang, Sabah; Taman Melor Fasa 1, Hilir Perak, Perak dan dua lokaliti di Mukim Batu Kurau, daerah Larut, Matang & Selama (LMS), Perak iaitu Kampung Batu 19 ½ dan Kampung Batu 20," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, 10 lokaliti dalam Mukim Batang Padang, daerah Batang Padang, Perak iaitu Taman Tapah, Taman Bunga Raya dan Kampung Datuk; Taman Sri Damai 1, Taman Sri Damai 2; Taman Sri Tapah; Taman Tapah 2; Taman Sri Asoka; Kampung Baru; Kampung Pahang; Kampung Batu 5 Tapah Road; Kampung Baru Pekan Getah; Kampung Batu Melintang dan Kampung Tanah Mas turut dikenakan PKPD.

"Lokaliti lain ialah tiga lokaliti dalam Mukim Bidor, daerah Batang Padang, Perak iaitu Taman Awam 3 Bidor, Taman Permata Bidor; Taman Sri Bidor; Taman Bidor Jaya; Kampung Cegar Tambahan dan Kampung Cegar.

"Manakala satu lokaliti di Sarawak turut dikenakan PKPD iaitu Kampung Emperoh Nyiru Grait, Kuching, Sarawak,"katanya.

Mengulas berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Ismail Sabri berkata, semalam 441 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dimanaaripada jumlah itu, 423 individu dikompaun manakala 18 lagi direman.

"Pasukan Khas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan 74,793 pemeriksaan semalam.

"Ia membabitkan 4,406 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,645 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Julai 2021 @ 7:37 PM