FOTO Hiasan.
FOTO Hiasan.
Shamsul Munir Safini


SERAMAI 6,979 graduan Universiti Sains Malaysia (USM) akan menerima ijazah masing-masing pada Upacara Konvokesyen ke-56 USM yang berlangsung dari 23-hingga 28 Oktober ini.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata, daripada jumlah itu, dua akan menerima Ijazah Kehormat, dua Profesor Emiritus, 550 Ijazah Doktor Falsafah, 1,479 Ijazah Sarjana, 4,883 Ijazah Sarjana Muda dan 67 Diploma Kejururawatan.

Beliau berkata, Ijazah Kehormat akan diijazahkan kepada Tan Sri Tan Khoon Hai yang berpengalaman hampir 40 tahun dalam bidang pengauditan, perakaunan dan kewangan korporat.

Beliau berkata, Tan akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perindustrian dan seorang lagi penerima yang juga mantan ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Ibrahim Ahmad akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Pendidikan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Oktober 2018 @ 10:33 AM