WARTAWAN Harian Metro, Sharifah Mahsinah menyerahkan #HMKotakRezeki kepada Rusli di Ibu Pejabat AKSEM Kelantan di Kota Bharu, semalam.
WARTAWAN Harian Metro, Sharifah Mahsinah menyerahkan #HMKotakRezeki kepada Rusli di Ibu Pejabat AKSEM Kelantan di Kota Bharu, semalam.
Sharifah Mahsinah Abdullah

Kota Bharu: “Ada antara anggota Agensi Kawalan Sempadan Kelantan (AKSEM) negeri menangis kegembiraan sejurus mendapat Kotak Rezeki kerana berasa mereka dihargai,” kata Komander Aksem Kelantan, Rusli Karim.

Menurutnya, anggota yang bertugas di sekatan jalan raya di negeri itu adalah antara anggota AKSEM yang tidak bercuti pada Aidilfitri nanti.

“Sejak dua tahun lalu, AKSEM menerima sumbangan #HMKotakRezeki daripada Harian Metro (HM).

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

“Isi kandungan dalam Kotak Rezeki itu tidak penting bagi kami. Yang paling utama kami rasa dihargai ketika menjalankan tugas pada musim perayaan nanti hingga ada yang menangis kegembiraan.

“Dengan adanya Kotak Rezeki ini memberi semangat kepada mereka yang bertugas,” katanya selepas menerima #HMKotakRezeki di pejabatnya di sini, semalam.

Rusli berkata, ini kali ketiga AKSEM Kelantan mendapat pek makanan ringan untuk berbuka puasa.

Katanya, seramai 145 anggota AKSEM bertugas pada musim perayaan nanti termasuk mengadakan kawalan di sempadan Kelantan/Thailand.

#HMKotakRezeki mendapat kerjasama Affin Bank Group, Affin Islamic Bank, Pos Laju, Watsons, Nabati Group, Massimo, Qnet (Malaysia) Sdn Bhd dan Kimball.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Jun 2018 @ 10:29 AM