GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Noor Atiqah Sulaiman


LELAKI bertindak kejam dengan menikam lima remaja yang jirannya dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil di Sepang, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang sering membuat bising, sejak lima tahun lalu.

Katanya, suspek sebelum ini sering menegur mangsa supaya tidak membuat bising terutama pada waktu malam.

“Suspek pernah menegur dan meminta rakan kepada jirannya itu supaya pulang dan tidak terus membuat bising, namun teguran itu tidak diendahkan.

“Suspek dipercayai tercabar dengan perbuatan jirannya itu yang sering membunyikan ekzos motosikal pada waktu malam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Aziz berkata, suspek yang marah kemudian dikatakan mengambil pisau di rumahnya sebelum pergi ke rumah mangsa menyebabkan berlaku pergaduhan dan menikam semua mangsa.

“Selepas kejadian itu, suspek melarikan diri manakala semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan kecemasan menaiki ambulans,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mei 2018 @ 12:40 PM