Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee. FOTO Arkib Mikail Ong
Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee. FOTO Arkib Mikail Ong
Nurul Hidayah Bahaudin


POLIS sudah membuka kertas siasatan berhubung tindakan pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee yang memuat naik klip video terbarunya bertajuk ‘Like A Dog’, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Muhamad Fuzi Harun berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kejadian itu.

“Kami sudah membuka kertas siasatan dan bekerjasama dengan SKMM berhubung kes itu.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Kembara Bermotosikal Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sempena Hari Polis ke-211, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, hari ini.

Minggu lalu, Namewee memuat naik klip video terbarunya sempena Tahun Baru Cina bertajuk ‘Like A Dog’ yang memaparkan individu memakai topeng anjing dengan tarian lucah berlatar belakangkan bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2018 @ 12:04 PM