WONG (tengah) bersama replika kunci Perodua Myvi baru sambil diperhatikan Aminar Rashid (kiri). FOTO Khairul Azhar Ahmad
WONG (tengah) bersama replika kunci Perodua Myvi baru sambil diperhatikan Aminar Rashid (kiri). FOTO Khairul Azhar Ahmad
Lizam Ridzuan


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini menyerahkan unit Perodua Myvi model baru ke 18,000 kepada pemiliknya di Kuala Lumpur, hari ini.

Kontraktor Wong Wai Cheng, 25, dari Negeri Sembilan, berkata dia membuat tempahan model varian 1.5 Advance itu pada November tahun lalu.

“Saya memilih model Myvi baru ini kerana mahukan sebuah kereta kompak dengan ciri luaran dan dalaman terkini untuk pelbagai tujuan gaya hidup," katanya.

Penyerahan kereta berkenaan dilakukan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh dalam majlis Sambutan Tahun Baru Cina bersama media dan rakan niaga syarikat itu.

Sehingga awal bulan ini, sebanyak 20,000 daripada 48,000 unit yang ditempah sudah diserahkan kepada pelanggan sejak November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Februari 2018 @ 5:01 PM