PENGERUSI Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Dr Noor Zari Hamat (hadapan, lima kiri) dan Abdul Fattah (hadapan, lima kanan) di Majlis Makan Malam ANGKASA Wilayah 2018. FOTO Salhani Ibrahim
PENGERUSI Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Dr Noor Zari Hamat (hadapan, lima kiri) dan Abdul Fattah (hadapan, lima kanan) di Majlis Makan Malam ANGKASA Wilayah 2018. FOTO Salhani Ibrahim
Muhammad Saufi Hassan


ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berharap untuk mencapai lebih banyak kejayaan tahun ini terutamanya membabitkan pengiktirafan antarabangsa serta tempatan.

Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk mencapai kejayaan merangkumi aspek pembangunan gerakan koperasi dan membantu meningkatkan perniagaan jenis itu.

"Ini penting kerana kejayaan pembangunan gerakan yang dilaksanakan oleh ANGKASA dapat mempertingkatkan ekonomi anggota serta menyumbang kepada pendapatan negara.

"Jika kita imbau semula kejayaan sepanjang 2017, banyak yang sudah kita capai terutamanya membabitkan penganjuran tiga acara besar iaitu Persidangan Koperasi Sedunia 2017 yang banyak membuka mata pihak antarabangsa bahawa gerakan koperasi kita setanding malah lebih hebat daripada mereka," katanya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam ANGKASA Wilayah 2018, malam tadi.

Abdul Fattah berkata, pengiktirafan antarabangsa itu turut diterjemahkan menerusi pelantikan Datuk Kamaruddin Ismail sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Persekutuan Antarabangsa (ICA).

Beliau berkata, dorongan kejayaan itu akan diteruskan pada sepanjang tahun ini dan ANGKASA sudah merangka pelbagai program untuk memantapkan gerakan koperasi dan membantu anggota.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2018 @ 12:04 AM