PERALATAN dirampas APMM, semalam.
PERALATAN dirampas APMM, semalam.
Hadzlihady Hassan

Georgetown: Padah mengguna bubu naga, dua tekong dan enam awak-awak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan 0.6 dan 1.1 batu nautika Tenggara, muara sungai Kuala Muda, dekat sini, semalam.

Mereka membabitkan nelayan warga tempatan itu ditahan bersama dua bot ketika anggota APMM melakukan rondaan jam 5.30 pagi.

Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan Harun berkata, hasil pemeriksaan mendapati mereka melakukan kesalahan Undang-Undang Malaysia mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran.

“Kedua-dua bot terbabit dirampas bersama hasil tangkapan iaitu kira-kira 40 kilogram udang dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kita berharap nelayan di perairan negara ini tidak lagi melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang sedia ada dan kita akan sentiasa melakukan rondaan,” katanya.

Sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2018 @ 4:36 AM