Shahrinnahar Latib


BAYI lelaki berusia 17 bulan nyaris maut apabila terjatuh dari tingkat empat fletnya di Kompleks Desa Tentera Darat, Sungai Panching, Kuantan, semalam.

Difahamkan, kejadian 5.15 petang itu berlaku ketika mangsa berada di flet itu bersama ibunya.

Mangsa dikatakan bermain di ruang tamu dan membuka pintu 'sliding' di beranda.

Bayi berkenaan kemudian keluar dan bermain di sekitar beranda namun secara tiba-tiba dia terjatuh.

BAYI lelaki terjatuh dari tingkat empat kediamannya mendapat rawatan lanjut di hospital. FOTO ihsan pembaca
BAYI lelaki terjatuh dari tingkat empat kediamannya mendapat rawatan lanjut di hospital. FOTO ihsan pembaca

Bapanya yang juga anggota tentera dan sedang membasuh kereta di bawah menyedari mangsa terjatuh sebelum segera mendapatkan bayi itu.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2018 @ 10:53 AM