HUJAN lebat menyebabkan kawasan rumah penduduk di Kampung Padang Tembak, Lumut dilanda banjir kilat. FOTO Shahrun Effendi Mohamad.
HUJAN lebat menyebabkan kawasan rumah penduduk di Kampung Padang Tembak, Lumut dilanda banjir kilat. FOTO Shahrun Effendi Mohamad.
Noor Hidayah Tanzizi


Hujan lebat sejak jam 8 malam semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 30 rumah di beberapa kawasan di Beruas, Manjung terjejas akibat banjir kilat setinggi 0.5 meter.

Antara kawasan terbabit ialah Kampung Ulu Beruas, Kampung Kilang, Kampung Tersusun, Taman Anggerik, Jalan Pertanian dan Jalan Sitiawan.

Penghulu Mukim Beruas Shahrun Effendi Mohamad berkata, kejadian itu turut mengakibatkan sebuah rumah mengalami kerosakan kecil di bumbung akibat pokok tumbang namun tiada mangsa cedera.

"Buat masa ini, tiada pusat pemindahan dibuka dan air juga sudah mulai surut selepas hujan berhenti sepenuhnya pada 12 tengah hari tadi," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya membuat pemantauan berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 5:07 PM