ANTARA penempatan penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Beruas, Manjung. FOTO Ihsan Pembaca
ANTARA penempatan penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Beruas, Manjung. FOTO Ihsan Pembaca
Noor Hidayah Tanzizi


HUJAN lebat lebih empat jam pagi hari ini menyebabkan lapan kawasan di Beruas dilanda banjir kilat, hari ini.

Antara kawasan yang terjejas Kampung Changkat, Kampung Kilang, Kampung Ulu Lichin, Kampung Gaduh, Jalan Pertanian, Jalan Besar Sitiawan, Kampung Tersusun Beruas dan Taman Anggerik.

Banjir kilat itu menjejaskan 26 keluarga di semua kawasan yang terjejas, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini.

Difahamkan, hujan bermula sejak 6.30 pagi dan air sudah surut di beberapa kawasan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Manjung, Zulhisham Ahmad Shukori berkata, hujan lebat menyebabkan paras air Sungai Beruas dan saliran di kampung terbabit penuh dan melimpah.

Menurutnya, paras air naik setinggi antara 0.5 meter hingga semeter, namun pemantauan yang dijalankan mendapati keadaan terkawal dan selamat.

"Kawasan berkenaan kerap dilanda banjir kilat apabila hujan lebat berterusan selama beberapa jam dan kebiasaannya akan surut tidak lama selepas itu.

"Bagaimanapun, pihak berkaitan juga sentiasa memantau kawasan terbabit dan jika keadaan bertambah serius tindakan lanjut akan diambil," katanya ketika dihubungi Manjung, hari ini.

Keterangan gambar:

Pix: MANJUNG 29 MEI 2020. Hujan lebat lebih empat jam sejak pagi menyebabkan lapan kawasan di Beruas, Manjung dilanda banjir kilat, hari ini. NSTP/IHSAN PEMBACA.

Tamat//

From: Hidayah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 11:42 PM