Kemalangan mengorbankan pemuda berusia 20 tahun di Kilometer 63.8, Jalan Johor Bahru-Bandar Pontian, Johor awal pagi hari ini. FOTO FB JB Traffic Report
Kemalangan mengorbankan pemuda berusia 20 tahun di Kilometer 63.8, Jalan Johor Bahru-Bandar Pontian, Johor awal pagi hari ini. FOTO FB JB Traffic Report
Mohd Sabran Md Sani


PEMUDA berusia 20 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 63.8, Jalan Johor Bahru-Bandar Pontian, Johor awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, kejadian 1.30 pagi itu mengakibatkan mangsa, Mohamed Hanif Zulkifly meninggal dunia di tempat kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa tiba di lokasi kejadian lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan di hantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasatan," katanya.

Beliau berkata semakan mendapati mangsa beralamat di Parit Asam Kumbang, Benut, manakala kenderaan itu dari arah bandar Pontian ke Benut.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2017 @ 12:40 PM