Setiausaha SPA Datuk Zainal Abidin Ahmad (baju kot) bersama peserta Misi Bantuan Banjir SPAVOL: Edisi Kelantan di Putrajaya. FOTO Siti A'isyah Sukaimi
Setiausaha SPA Datuk Zainal Abidin Ahmad (baju kot) bersama peserta Misi Bantuan Banjir SPAVOL: Edisi Kelantan di Putrajaya. FOTO Siti A'isyah Sukaimi
Siti A'isyah Sukaimi


SEBANYAK RM40,000 jumlah keseluruhan nilai bantuan membabitkan pelbagai barangan dibawa ke Rantau Panjang, Kelantan bagi Misi Bantuan Banjir dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Volunteer (SPAVOL).

Misi Bantuan Banjir SPAVOL: Edisi Kelantan itu diadakan selama dua hari bermula hari ini dan esok membabitkan 11 kenderaan pacuan empat roda dengan enam lokasi agihan sumbangan.

Presiden SPAVOL Raja Adnan Raja Ibrahim berkata, antara barangan yang dibawa pada misi bantuan itu ialah selimut, telekung, kain pelikat, sejadah dan tuala mandi serta diagihkan kepada keluarga terjejas akibat banjir.

"Lokasi yang akan diagihkan ialah Tasik Bakong, Lanchang, Kubang Bongor, Kampung Rahmat, Taman Megah dan Kubang Gual.

"Kita menjangkakan jumlah barangan yang dibawa bakal memanfaatkan kira-kira 500 mangsa di kawasan Rantau Panjang," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada pelepasan kenderaan Misi Bantuan Banjir SPAVOL: Edisi Kelantan di Putrajaya, hari ini.

Pelepasan kenderaan disempurnakan oleh Setiausaha SPA Datuk Zainal Abidin Ahmad yang juga Penasihat SPAVOL.

SPAVOL dilancarkan sejak 17 Mei lalu adalah gabungan sukarelawan warga SPA dan ahli bersekutu terdiri daripada orang awam termasuk mahasiswa untuk menjalankan kerja kebajikan dan kesukarelwan dalam membantu masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2017 @ 5:44 PM