TERIMA KASIH JAKIM
TERIMA KASIH JAKIM
Nursyahirah Marzuki


BERDAKWAH menerusi aktiviti berbasikal. Itu antara usaha dilakukan penganjur menerusi acara Kayuhan Unity For All (u4All), hari ini.

Mereka berkayuh 15 kilometer sekitar Putrajaya dan menjadi satu daripada aktiviti Karnival Planet Ummah Masjid Utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2017.

Aktiviti sihat itu dihadiri 500 peserta, bermula pada 7.30 pagi ini, di Dataran Putra, depan Masjid Putra.

Ia sebagai satu aktiviti ke arah membentuk 'khaira ummah' atau sebaik-baik umat.

Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha, berkata selain itu aktiviti itu dilihat mampu mengeratkan hubungan antara pengurusan masjid dan masyarakat setempat.

Hadir sama Pengerusi Pusat Pungutan Zakat, Datuk Che Mat Che Ali; Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff; Imam Besar Masjid Putra, Datuk Abd Manaf Mat dan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ustaz Jamali Mohd Adnan.

Karnival empat hari di Dataran Putra menampilkan pelbagai aktiviti yang mampu menarik orang ramai hadir ke karnival berkonsep Islam itu.

Antaranya kayuhan u4All, trak makanan, talaqqi al-Quran perdana, ukhuwwah ihya' masjid, senaman bersama Imam Masjid Utama dan kuliah Maghrib oleh Ustaz Ebit Liew, pertunjukan fesyen muslimah serta Bicara Kemanusian yang dihadiri penyanyi Khai Bahar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 11:57 AM