Keadaan sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Keadaan sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Helmy Abd Rahman


SERAMAI 400 wanita terdiri daripada Skuad Sukarelawan Muda Perkumpulan Wanita (PERWANI) turun padang untuk memberi kaunseling kepada mangsa banjir di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, Roslee Daud berkata, skuad berkenaan memfokuskan bantuan kaunseling kepada golongan ibu dan anak kecil.

"PERWANI yang dianggotai ahli berusia 40 tahun ke bawah, mula aktif sejak 2014 lagi iaitu ketika banjir besar melanda negeri ini.

"Kita harap kehadiran sukarelawan ini, dapat meringankan beban mangsa banjir terutama berkaitan mental mereka selepas berdepan bencana banjir," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2017 peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Halina Zakaria.

Berita berkaitan:

Sokongan emosi pun perlu

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2017 @ 8:11 PM