ANGGOTA ATM memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan
ANGGOTA ATM memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan
HM Digital

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil langkah drastik dengan mengerahkan 8 Briged untuk melakukan koordinasi serta membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Menerusi Operasi Murni ATM, anggota tentera akan ditempatkan di kawasan strategik bagi membolehkan mereka menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dengan cepat dan sistematik.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan, ATM memaklumkan bahawa pasukan aturgerak Operasi Murni bagi negeri Kelantan sudah dikerahkan untuk menghulurkan bantuan kepada orang ramai.

“Seramai 11 pegawai dan 227 anggota daripada pasukan 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Batalion Lima Rejimen Askar Diraja(RAD), dua Rejimen Sempadan( RS), satu Rejimen Semboyan (RS) dan Rejimen 506 Askar Wataniah(AW) terbabit dalam operasi.

“Di Terengganu pula, operasi membabitkan enam pegawai dan 110 anggota daripada pasukan 18 RAMD, batilion 5 RAD dan Rejimen 512 AW,” katanya, semalam.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 7:49 AM