Roslan menyampaikan sumbangan kepada seorang daripada empat anggota APM yang masih dirawat di HTJ hari ini. FOTO ihsan APM
Roslan menyampaikan sumbangan kepada seorang daripada empat anggota APM yang masih dirawat di HTJ hari ini. FOTO ihsan APM
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


EMPAT anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Seremban yang terbabit kemalangan di Bukit Putus, Seremban, semalam menerima sumbangan daripada APM hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya APM Roslan Wahab berkata, APM menghargai jasa anggotanya.

“Kita menghargai jasa anggota terbabit yang bersungguh-sungguh menjalankan tugas, sebelum ditimpa kemalangan.

“Dua daripada mereka sudah keluar hospital, manakala dua lagi masih di wad,” katanya selepas melawat mereka di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ).

Menurutnya, sumbangan wang tunai diberikan kepada mereka yang dikumpul daripada Tabung Amanah Pertahanan Awam (TAPA), Kelab Rekreasi Pertahanan Awam (KERAP) dan Pegawai-Pegawai Bersekutu Wilayah Persekutuan.

Roslan pada masa sama menasihatkan anggotanya menitikberatkan aspek keselamatan ketika bertugas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2017 @ 10:31 PM